RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh jibril, mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw. Selesai pembedahan, didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):
TriasButikOnline
.......Accessories Design Services ^ Your New Style ^ Sarana Belajar Online ^ Download Proposal Services.......
Buroq
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari kaldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi : Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Kisah Isteri Nabi Nuh
Kisah Nabi Ayub As.
Kisah Nabi Hud As.
Langganan:
Postingan (Atom)
Arsip Blog
Recent Posts
Silakan CARI tulisan yang Anda inginkan DISINI
Loading
Html email form powered by 123ContactForm.com | Report abuse